23 August 2009

Aku bukaN supErmaN-The LuckY Laki





Aku Bukan Superman Oleh Lucky Laki

Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggalkan aku
Ayahku selalu berkata padaku
Laki-laki tak boleh nangis
Harus slalu kuat
Harus slalu tangguh
Harus bisa jadi tahan banting
Tapi ternyata sakitnya cinta
Buat aku menangis
Repeat Reff
Ayahku selalu memarahi aku
Jika jatuh air mataku
Kata ayah slalu air mata itu
Adalah tanda kelemahan
Tapi ternyata air mataku
Ternyata jatuh juga
Repeat Reff
Ayahku tersayang maafkanlah aku
Jika aku masih menangis
Masih belum bisa menjadi seperti
Apa yang ayah selalu mau
Kita berjanji tuk tidak lagi
Menangis karena cinta


19 August 2009

My Memory (2)



Akhirnya dia jadi milik aku jugak
.Opss!bukan suami but just special boyfriend(^_~)
Ye lah bukan semua boleh paham kerenah gila-gila aku nih tapi syukurlah dia boleh paham aku and aku pun paham dia.
Hmmmmmmmm.................................bila kami 'couple' ada ja manusia yang nak ganggu dah la aku ni jenis cemburu(~_~)huhuhuhuhuu...
Aku 'geram' jugak kat 'exgf' dia yang sorang ni,dah ada 'bf' len tu cukup la apasal dok mesra-mesra dengan 'bf' orang plak???kang aku hilang sabar kang!(sabar-sabar)
sekarang aku tengah control lagi perasaan aku,aku cuba paham situasi dia kalau sikit hari lagi still sama!ni yang tak boleh ni..tunggu je la...

18 August 2009

MY LUCKY STAR!!







17 August 2009

My Memory



My memory....

hari ni nak tulis pasal memory lama.Sweet and bad memory! Seronokkan kalau kita sentiasa berada dalam sweet memory??tapi bukan manusialah kalau hidup tak pernah dilanda kesusahan... Bagi aku kenangan silam tu mampu mengajar aku erti kehidupan sebenar,ye lah kan manusia tak pernah puas dengan apa yang di miliki.Bila di renung-renungkan kembali perjalanan hidup aku.............. aku lebih banyak menangis dari ketawa,lebih banyak sakit dari sembuh,lebih banyak terluka dari gembira....

LELAKI!

Kenapa aku mesti lalui semua tu sebab lelaki??


H lelaki pertama yang berjaya mendapatkan aku...bukan cinta,bukan sayang,bukan perasaan cuma aku! dia sayang aku?dia cintakan aku?Ya!tapi cuma seketika!

R lelaki ke2 yang juga berjaya mendapatkan aku tapi dia pun sama seperti H! manis di mulut pahit di hati buruk lagi kelakuan!

E
lelaki ke3...........dia juga berjaya mendapatkan aku walaupun dalam tempoh lama tapi...................
cinta???hah!cintanya ibarat awan.........datang di tiup angin berlalu juga di tiup angin...

kini aku menyesal menyintaimu kerna cintaku di permainkan secukup-cukupnya....

H,R&E aku tak pernah sayang atau cinta dengan mereka walaupun aku pernah menjadi 'girlfriends' mereka,
aku 'couple' dengan mereka bukan kerana aku yang suka dengan mereka terlebih dahulu tapi mereka yang punyai perasaan itu dahulu terhadap aku.Pelik kan??aku pun pelik.Aku masih tercari-cari sebab apa aku terima mereka sedangkan aku tak ada perasaan terhadap mereka??aku dah tau apa sebabnya...............
1-aku di desak untuk terima mereka
2-lagi aku tak layan lagi kerap mereka ganggu aku!

3-kenapa aku terima jugak???SIMPATI,SAKIT HATI,PUAS HATI!!

Sebelum muncul H,R&E hati aku memang dah menyukai seseorang,siapa???hmmmmm.....dia,dia yang berjaya buat aku betul-betul 'sayang giler' kat dia.Dia tahu tak???dia tak tahu pada mulanya,setahun lepas tu baru dia tahu perasaan aku walaupun dia sudah ada yang punya,aku tak terus terang cuma dari bahasa kiasan saja.Tapi tu semua aku tak kisah,tak pernah putus asa dan 2 tahun lepas tu dia................

14 August 2009

wallpaper












Cerita Dongeng Burung Garuda


Mengikut cerita dongeng dalam Hikayat Merong Mahawangsa atau "Sejarah Kedah" dimulai dengan taufan yang membubarkan angkatan laut yang mengiring anak Raja Rom dalam pelayarannya ke Benua Cina disebabkan oleh seekor burung garuda (dewa Hindu, sebahagian manusia dan sebahagian burung).

Burung garuda ini kononnya duduk berseorangan di Pulau Langkawi selepas peperangan Pyrhic di antara Sri Rama Vishnu dengan Hanuman (dewa Monyet) yang telah membinasakan pulau itu.

Pada suatu hari datanglah seekor burung rajawali berjumpa burung garuda itu dan memberi perkhabaran kata anak Raja Rom sedang bersiap hendak berangkat ke Benua Cina dan di sana, ia akan berkahwin dengan seorang puteri Raja Cina. la mendapat perkhabaran ini dari seekor burung kakak tua yang menyatakan juga angkatan Raja Rom sangat besar untuk mengiring bakal pengantin itu.

Maka, apabila burung garuda mendengar cerita, itu ia berazam hendak menahan perkahwinan itu daripada terjadi, tetapi sebelum ia berbuat demikian, ia hendak pergi menghadap Nabi Allah Sulaiman terlebih dahulu.

Semasa menghadap Nabi Allah Sulaiman, burung garuda memaklumkan kepada baginda akan perkahwinan itu tidak harus terjadi kerana kedua-dua anak Raja itu tinggal berjauhan.

Nabi Allah Sulaiman bersabda jika sudah ada jodoh pertemuan di antara ke­duanya tiada sesiapa dalam dunia ini berkuasa boleh menahannya.

Burung garuda itu menjawab ia hendak menahan perkahwinan itu daripada berlaku. Jika tidak berjaya, ia akan berundur dari dunia ini.

Burung garuda itu pun bermohon lalu terbang ke Benua Cina dan berjanji akan balik menghadap menceritakan kesudahannya. Sesampainya di Benua Cina, ia pun menyambar Puteri Raja Cina itu dengan kukunya bersama dengan dayang dan kundangnya lalu diterbangkan ke Pulau Langkawi. Di sini, puteri dengan dayang dan kundangnya diletakkan dalam sebuah mahligai.

Sementara itu, angkatan laut anak Raja Rom pun berlayar di bawah perintah Raja Merong Mahawangsa. Ayah Merong Mahawangsa ini ialah keturunan indera-­indera dan bondanya berasal dari dewa-dewa raksasa.

Selepas angkatan laut itu bertolak, garuda itu pun datang menyerang. Setiap kali ia cuba hendak membinasakan kapal-kapal angkatan itu, Merong Mahawangsa menukar anak panahnya menjadi jentayu menangkisnya. Tetapi pada masa kapal Merong Mahawangsa singgah di suatu pulau kerana hendak mengambil bekalan air dan berpisah dengan kapal-kapal yang lain, burung garuda itu telah berjaya di atas cita-citanya. Ia telah menenggelamkan semua kapal-kapal dan boleh dikatakan semua anak-anak kapal telah mati lemas.

Burung garuda itu menyangka anak Raja Rom pun telah mati lemas juga tetapi ia tidak tahu bahawa anak Raja itu dapat menyelamatkan dirinya dengan bergantung pada sekeping papan dan hanyut dibawa arus ke pantai Pulau Lang­kawi.

Di pulau itu, ia telah berjumpa dengan dayang dan kundang Puteri Raja Cina itu dan dibawa menghadapnya. Burung garuda itu tidak tahu tentang hal ini kerana dirahsiakan dan anak Raja Rom itu bersembunyi di dalam sebuah gua.

Kerana yakin bahawa anak Raja Rom itu telah terkorban, burung garuda pun terbang pergi menghadap Nabi Allah Sulaiman sembah maklum dengan takburnya mengatakan ia telah menangkap Puteri Raja Cina, dayang dan kundangnya dan telah memusnahkan angkatan laut Raja Rom dan membunuh anak Raja Rom.

Apabila Nabi Allah Sulaiman mendengar percakapan takbur burung garuda itu, ia pun menitahkan Raja Jin yang bernama Harman Shah, menghantarkan wazirnya dengan seratus orang jin membawa Puteri Raja Cina dan anak Raja Rom serta dayang dan kundang masuk menghadap. Wazir itu pun menyembah dan membawa balik keempat-empat orang itu.

Maka, kerana malu di atas kegagalannya menahan perkahwinan itu, burung garuda pun terbang berundur dari dunia membuang diri.

Nabi Allah Sulaiman pun memerintahkan Harman Shah membawa kedua-dua putera dan puteri ke Benua Cina dan dikahwinkan mengikut adat istiadat anak Raja-raja.

Raja Merong Mahawangsa yang telah menyangka anak Raja Rom itu telah hilang, belayar masuk ke Kuala Merbok dan menurut sejarah Kedah, ia telah dilantik menjadi Raja Kedah yang pertama.

Oleh : James F. Augustin

Cerita Beras Terbakar Langkawi


Beras Terbakar

Satu cerita sejarah Pulau Langkawi yang termasyhur ialah cerita "Beras Terbakar". Tempat yang dikata beras terbakar itu ialah di Kampong Raja, Mukim Padang Matsirat. Luas kawasan tempat yang didapati beras terbakar itu ialah kira-kira tiga puluh kaki persegi. Dalam yang didapati tertanam dalam tanah lebih tiga kaki. Apabila hujan lebat beras itu timbul.

Mengikut cerita orang tua-tua, Pemerintahan Pulau Langkawi 200 tahun dahulu sampai kurun sembilan belas bertempat di Kampong Raja yang tersebut. Ini boleh dibuktikan iaitu seorang daripada Pegawai Daerah, Pulau Langkawi, yang telah meninggal dunia 80 tahun dahulu telah dikuburkan di kampung ini dan kubur itu ada sampai sekarang.

Berbalik kepada cerita beras terbakar itu, selepas beberapa bulan pembunuhan Mahsuri dengan perintah Datuk Seri Kerma Jaya, datuk yang memerintah Langkawi pada masa itu, pulau ini telah diserang dengan hebatnya oleh orang-orang Siam.

Tempat pertempuran yang dahsyat dan di mana Datuk Seri Kerma Jaya dan panglima-panglimanya yang gagah telah terkorban ialah di Selat Berhala Balik iaitu selat jalan masuk ke Pelabuhan Kuah sekarang.

Sebelum pertempuran yang tersebut itu berlaku, Datuk Kerma Jaya berasa Pulau Langkawi akan tewas, oleh itu ia beri hukum kepada orang-orangnya sekalian beras simpanan hendaklah di tanam supaya tiada terlepas ke tangan musuh.

Ketewasan Datuk Kerma Jaya bagi mempertahankan Pulau Langkawi, mengikut kepercayaan orang-orang pada masa itu dan sampai sekarang pun, ialah dengan kerana sumpahan Mahsuri yang berbunyi "Dengan kerana kezaliman yang dijatuhkan ke atasnya, Pulau Langkawi tidak akan aman dan makmur sehingga tujuh keturunan". Satu daripada bukti sumpahan itu ialah beras simpanan terbakar.

Beras terbakar itu sampai sekarang digunakan oleh sesetengah orang sebagai penawar bagi orang-orang demam panas dan kepialu dan ubat sakit perut.

Oleh : Dato Wan Ibrahim bin Wan Soloh

Dua Cerita Dongeng Langkawi


BELANGA PECHAH

Beberapa ratus tahun dahulu, dalam sebuah kampung di Pulau Langkawi berbangkit pertikaian di antara Mat Chinchang dengan Mat Raya, manakala anak perempuan Mat Chinchang bertunang dengan anak Mat Raya.

Pertikaian itu bertambah buruk dan dahsyat pada hari perkahwinan. Mereka berdua bergaduh langsung bertumbuk, tendang menendang, tampar menampar satu dengan lain. Kedua-dua mereka sama gagah hinggakan belanga, kawah, pinggan mangkuk habis pecah dan bertaburan.

Belanga jatuh terpelanting di suatu tempat yang dinamakan Belanga Pechah; gulai tumpah di Kuah (pekan Kuah sekarang), kuah gulai mengalir dan jerab ke dalam tanah di tempat nama Kisap; kawah air hangat jatuh di tempat yang sekarang dipanggil Ayer Hangat; jag air dengan relang tangkainya jatuh terpelanting di Selat Chinchin di antara Pulau Langkawi dengan Pulau Terutau.

NOTA PENYUNTING:
Gunung Raya dan Gunung Mat Chinchang yang bergigis dan takak-takuk pada had ini bertentang satu dengan lain.

PULAU DAYANG BUNTING

Beberapa ratus tahun dahulu ada seorang jin bernama Mambang Sari duduk di Pulau Langkawi.

Pada tiap-tiap hari Mambang Sari dengan dayang-dayangnya pergi bermain-main di suatu tempat yang di panggil Pasir Telok Ayer Tahun.

Pada satu hari semasa mereka bersuka-sukaan di pantai pasir di Pulau itu, seorang jin bernama Mat Teja melihat mereka, dan Mat Teja jatuh kasih kepada Mambang Sari. Tetapi Mambang Sari tidak tahu langsung bahawa Mat Teja kasih kepadanya.

Selepas bermain-main di Pasir Telok Ayer Tahun, Mambang Sari dan dayang-dayangnya pergi mandi di Telok Lawak.

Tiap-tiap kalinya Mat Teja mengikut dari jauh kerana tidak berani mengatakan kasihnya kepada Mambang Sari.

Pergi ke Telok Ayer Tahun, Mat Teja kena lalui di suatu tempat yang dipanggil Diang. Maka, di tempat ini tinggal seorang tua bernama "Tuk Diang".

Pada suatu hari apabila ia lalu, Tuk Diang bertanya kepada Mat Teja ke mana ia hendak pergi.

Jawab Mat Teja, ia hendak pergi mengikut Mambang Sari kerana ia telah jatuh kasih kepadanya, tetapi ia tidak berani pergi hampir.

Tuk Diang beri petua kepadanya, ambil sebatang tabung buluh, pergi berjalan di pantai laut waktu air surut, kemudian tadah air mata duyung dengan tabung buluh itu di suatu tempat yang dipanggil Telok Kahar. Apabila dapat air mata duyung itu, basuh muka dengannya apabila ia lihat Mambang Sari.

Mat Teja turut seperti yang mana dipetuakan oleh Tuk Diang dan satu pun tidak ketinggalan. Ia pun berjalan di pantai laut dan sampailah di Telok Kahar waktu air surut. Maka dilihatnya seekor duyung duduk di atas batu dan air matanya jatuh meleleh di mukanya kerana air pasang telah meninggalkannya dan dia tidak dapat balik ke laut.

Apabila Mat Teja melihat duyung itu duduk terbeting di batu, ia pun tidak lengah lagi membuka tali pinggangnya di mana tergantung tabung buluh yang tersebut dan menadah air mata duyung itu. Apabila sudah dapat ia pun dengan segera balik ke Telok Lawak. Maka di sini ia dapati Mambang Sari sedang bersuka-sukaan. Mat Teja dengan tidak membuang masa menyapukan leher dan mukanya dengan air mata duyung itu. Apabila Mambang Sari melihat wajah Mat Teja ia pun jatuh kasih kepadanya.

Pada hari-hari kemudian yang berikut mereka duduk berkasih-kasihan, tetapi tidak duduk sama setempat. Ada kalanya mereka berjumpa di darat dan ada kalanya di laut.

Tidak berapa lama daripada itu Mambang Sari pun bunting dan balik ke suatu tempat yang dipanggil Dayang Beranak untuk melahirkan anaknya. Tujuh hari lepas bersalin anaknya meninggal dunia. Mambang Sari campakkan anaknya ke dalam sebuah tasik dan tasik itu pada masa ini dipanggil dengan nama TASEK DAYANG BUNTING.

Oleh : Tunku Thiauddin Bin Tunku Zainal Abidin

Penduduk Kedah Asalnya Dari Gergasi?


Sejarah awal negeri Kedah amat rumit sekali hendak diketahui orang. Kerana mengikut dari sumber-sumber yang boleh dipercayai seperti dari buku-buku Hikayat Merong Mahawangsa dan At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah bahawa negeri ini telah dibuka kira-kira seratus tahun sebelum dari Nabi Muhammad dilahirkan, iaitu kira-kira dalam tahun 470M, atau kira-kira seribu tahun terdahulu dari pembukaan kerajaan Melayu Melaka.

Ianya sezaman dengan tumbuhnya lain-lain kerajaan di benua Asia seperti Kerajaan P'an P'an, Hunan, Cenla dan Campa yang sekarang telah hilang namanya dalam sejarah dan berganti dengan nama-nama kerajaan yang baru pula.

Memandang masa yang begitu lama, tentulah ahli-ahli sejarah tidak dapat memberi keterangan lanjut dan tarikh yang tepat mengenai sejarah negeri itu.

Mengikut Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), penduduk asal negeri Kedah (Pulau Serai) ialah keturunan gergasi. Manakala raja pertama pula ialah Merong Mahawangsa sendiri yang berasal dari indera kayangan dan bersahabat baik dengan raja Rom. Ketika Merong Mahawangsa mengiringi Putera Raja Rom untuk berkahwin dengan Puteri China, angkatan mereka telah karam dibinasakan oleh burung geruda yang telah bersumpah sebelum itu dengan Nabi Allah Sulaiman a.s. untuk menggagalkan perkahwinan kedua anak raja itu.

Bila angkatan itu binasa, masing-masing membawa diri. Merong Mahawangsa berusaha untuk menyelamatkan Putera Raja Rom itu tetapi gagal. Akhirnya Merong Mahawangsa sampai di Pulau Serai (Kedah) dan dilantik menjadi raja kepada kaum gergasi yang mendiami pulau itu. Pulau Serai itulah dipercayai Gunung Jerai yang ada sekarang ini. Agaknya kawasan tanah rendah di persekitaran gunung itu belum lagi timbul dari aras laut. Dari keturunan Merong Mahawangsa inilah terus menerus memerintah negeri Kedah sampai sekarang ini.

Ada enam orang raja sebelum negeri Kedah menerima agama Islam. Mereka itu ialah Raja Merong Mahawangsa, Raja Ong Mahapudisat, Raja Seri Mahawangsa, Seri Maha Inderawangsa, Raja Ong Maha Perita Deria (Raja Bersiong), Raja Phra Ong Mahapodisat dan Raja Phra Ong Mahawangsa iaitu raja yang mula-mula menerima agama Islam dengan gelaran Sultan Mudzaffar Syah.

Menurut tawarikh Siam pula, susunan raja sebelum menerima agama Islam adalah seperti berikut; pertama - Phra Ong Mahawangsa, kedua - Phra Ong Mahapodisat, ketiga - Seri Mahawangsa, keempat - Sri Maha Inderawangsa, kelima - Phra Ong Maha Yatidahara, keenam - Phra Ong Mahapodisat dan ketujuh - Phra Ong Mahawangsa iaitu Sultan Mudzaffar Syah (sultan yang mula-mula menerima agama Islam).

Bagaimanapun, jika dibandingkan antara buku-buku tersebut nyatalah At-Tarikh Salasilah negeri Kedah lebih sesuai dijadikan rujukan sejarah. Ramai pengkaji-pengkaji sejarah Kedah yang merujuk buku tersebut kerana buku HMM dan Tawarikh Siam merupakan buku hikayat cuma yang lebih banyak mengaitkan dengan kisah-kisah dongeng dan tidak mempunyai faktor-faktor yang dapat dipegang oleh mereka terutama dari segi tarikh.

Buku HMM lebih sesuai dikatakan sebagai buku hikayat sahaja dan bukannya buku sejarah. Bagaimanapun buku tersebut digunakan juga untuk dibuat perbandingan terutama tentang nama-nama raja yang memerintah.

Dalam HMM, cuma ada tercatat tujuh orang raja sahaja yang memerintah negeri Kedah sebelum menerima Islam, begitu juga Tawarikh Siam, sementara di dalam buku At-Tarikh ada tercatat sembilan orang raja. Bagaimanapun, cuma ahli sejarah sahaja yang dapat memberi kenyataan yang sebenar.

Mengikut At-Tarikh karangan Muhammad Hassan bin Dato' Kerani Muhammad Arshad bahawa penduduk awal negeri Kedah bermula dari pelarian penduduk tanah Jawa yang datang kira-kira seratus tahun sebelum keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. di Mekah. Pelarian itu bukan sahaja tertumpu khusus ke negeri Kedah saja, malahan bertaburan di sepanjang pantai semenanjung Malaysia yang ketika itu lebih terkenal dengan nama Tanah Segara Masin. Orang-orang pelarian itu dipanggil 'Melayu' bererti lari.

Perpindahan atau pelarian itu berlaku bukanlah bertujuan untuk mencari-cari tempat baru tetapi adalah bagi menyelamatkan nyawa setelah negeri mereka (tanah Jawa) diserang oleh bangsa Hindustan yang berbahasa Sanskrit dan beragama Hindu.

Di Kedah, tempat yang menjadi tumpuan ialah di persekitaran kaki Gunung Jerai, mungkin ketika itu pantai kerana waktu pelayaran masing-masing menjadikan puncak Gunung Jerai itu sebagai pedoman.

Hingga kini, lebih kurang satu setengah batu dari pekan Merbok di kaki Gunung Jerai masih terdapat satu tinggalan kuil purba atau candi-candi purba yang serupa dengan candi yang didapati di tanah Jawa. Inilah satu-satunya kesan purba yang didapati sebagai bukti nyata perpindahan penduduk beragama Hindu itu.

Penduduk Kedah (ketika itu terdapat nama-nama lain bagi negeri Kedah Tua seperti Kalah, Kalagam, Kalabar dan Langkasuka) tidak mempunyai raja atau ketua. Mereka cuma hidup sendiri-sendiri sahaja tetapi tetap aman dan damai. Kemudiannya, penduduk makin ramai dengan kedatangan orang-orang dari Pulau Serindit (Ceylon).

Kemudiannya, kedudukan mereka di persekitaran itu tidak aman lagi akibat serangan dari puak-puak dari utara negeri Kedah terutama dari daerah Ligor, Teneserim dan Pegu Burma.

Untuk menahan kemaraan serangan itu, mereka mula bersatu dan melantik ketua di antara mereka. Ketua satu digelar Tan Dermadewan sementara penolongnya digelar Tun Perkasa. Sejak itu, mereka berdualah yang menjadi ketua bagi penduduk di negeri Kedah. Bagaimanapun, tidak pula dinyatakan tarikh yang tepat.

Ketika itu, kawasan Kedah termasuklah Kedah yang sekarang ini, Pulau Pinang dan Seberang Prai, Perlis, Pulau Langkawi dan beberapa tempat di kawasan negeri Thai selatan iaitu seperti Kuala Bara, Cik Baling, Ampe di dalam daerah Setul (Satun). Hampir semua kawasan itu meliputi kawasan tepi pantai.

Pemerintahan Kedah di bawah kekuasaan Tan Dermadewan dan Tun Perkasa itu tidak pula diketahui berapa lamanya. Mengikut buku itu yang dipetik dari satu sumber dalam tahun 630M, seorang raja dari tanah Gumarun yang lari akibat negerinya diserang oleh Maharaja Farsi telah dilantik menjadi raja Kedah yang pertama. Baginda dengan orang-orang besarnya lari dengan jalan laut ke timur. Mula-mula sampai ke Ceylon, Teluk Burma dan akhir sekali ke Kuala Sungai Khelah (Merbok).

Ketibaan raja itu telah disambut dengan hormatnya oleh Tan Dermadewan dan orang-orangnya. Kemudian di tabal menjadi raja dan bersemayam di Kota Langkasuka, sebuah kota yang diperbuat daripada tanah, mempunyai tiga pintu gerbang.

Dari pengalaman memerintah negerinya di tanah Farsi dahulu, Maharaja Derbar Raja telah melantik beberapa orang besar bagi membantu baginda memerintah. Baginda telah melantik menteri empat, lapan dan enam belas.

Alat-alat kebesaran yang dibawa dari Farsi seperti semambu (dinamakan Maha Guru), Negara (gendang kecil), dan nafiri telah dijadikan alat-alat kebesaran diraja. Ketiga-tiga benda itu disampul dengan kain kuning, ditambah pula dengan beberapa jenis alatan dari Jawa seperti gong, serunai dan beberapa buah gendang lagi. Kini, semua alat-alat itu dijadikan alat-alat Nobat DiRaja Kedah. Alatan-alatan itu tersimpan di Balai Nobat Alor Star, di hadapan masjid Sultan.

Selepas Maharaja Derbar Raja mangkat, iaitu raja pertama, ada delapan orang lagi memerintah Kedah sebelum negeri itu menerima agama Islam. Raja-raja itu adalah seperti berikut:

  • Maharaja Diraja Putera - bersemayam di kota Langkasuka
  • Maharaja Maha Dewa - bersemayam di Sidim, Kulim
  • Seri Maharaja Karna Diraja - bersemayam di Kota Aur, Sik
  • Seri Paduka Maharaja Kerma - bersemayam di Kota Aur, Sik
  • Seri Paduka Mahraja Maha Dewa - bersemayam di Bukit Meriam
  • Seri Paduka Maharaja Derma Raja - bersemayam di Bukit Meriam
  • Seri Paduka Mahraja Maha Dewa II - bersemayam di Bukit Meriam
  • Seri Paduka Mahraja Derbar Raja - bersemayam di Bukit Meriam

Begitulah susunan raja-raja Kedah sebelum Islam mengikut At-Tarikh itu. Tetapi malangnya, tidak pula diketahui bilakah tarikh-tarikh mereka memerintah. Bagaimanapun, dalam masa pemerintahan tersebut, banyak sudah peristiwa-peristiwa yang berlaku terutama tentang perpindahan tempat bersemayam.

Pada masa Maharaja Diraja Putera memerintah, walaupun baginda tetap bersemayam di kota Langkasuka, namun sempat lagi dalam masa bermain-main mengikut ulu sungai membina sebuah istana di Siong dalam daerah Baling sekarang ini.

Begitu juga tatkala Maharaja Maha Dewa memerintah, walaupun baginda bersemayam di Kota Bandar tetapi telah juga membuka tempat baru dan membina istana. Kali ini bertempat di Sidim dalam daerah Kulim. Baginda telah bersemayam di situ dan Kota Bandar diserahkan kepada adinda baginda yang bernama Maha Sura.

Pada masa Seri Maharaja Karna Diraja pula tidaklah ada tempat-tempat baru dibuka. Baginda lebih suka belayar di laut sambil melihat-lihat daerah-daerah di bawah jajahan takluknya. Dalam masa pelayaran itu, sempat pula baginda menyinggahi beberapa tempat seperti Pulau Langkawi dan Kuala Bara. Urusan pemerintahan ditinggalkan di bawah jagaan Menteri Empat.

Waktu pemerintahan Seri Paduka Maharaja Kerma, istana baru pula telah dibina di Bukit Meriam - jalan Pantai Merdeka. Di sini, lanjut juga usianya hingga beberapa keturunan. Agaknya, raja-raja ketika itu sentiasa mencari tempat yang istimewa untuk membangunkan istana yang tetap. Bagaimanapun, di Bukit Meriam ini cuma sempat hingga tujuh orang raja sahaja, iaitu sampai kepada Tunku Muzzil Syah atau Tunku Mathal Syah yang memerintah dari tahun 634H-679H.

Pada masa pemerintahan Paduka Maharaja Kerma, satu perubahan telah berlaku. Disebabkan kota Bukit Meriam terletak jauh dari Kuala Sungai Merbok - tempat pangkalan diraja dan menjadi susah berpangkalan di tepi pantai, maka Maharaja Kerma telah berpakat dengan orang-orang dan rakyatnya mengorek kuala baru. Maka itulah dibina Kuala Muda yang ada sekarang ini.

Aliran Sungai Merbok yang panjang itu telah dialihkan ke kuala yang baru dikorek. Maka, itulah sebabnya Sungai Merbok tidak mempunyai ulu yang panjang lagi seperti Sungai Muda, padahal kuala itu amat besar. Dengan itu, pangkalan diraja yang bertempat di Sungai Batu Langgaran di Sungai Merbok terpaksa ditinggalkan begitu sahaja.

Pada masa pemerintahan Maharaja Derma Raja pula telah berlaku satu peperangan. Inilah peperangan pertama semenjak pembukaan negeri Kedah. Disebabkan negeri Kedah bertambah maju dan ramai orang dari utara berpindah ke negeri itu, menyebabkan timbul iri hati pihak pemerintah di sana terutama di bahagian Teneserim. Maka angkatan negeri itu pun dikerah menyerang Kedah. Peperangan berlaku di Padang Jangan (Padang Besar) - sempadan antara Perlis dengan Siam.

Angkatan Maharaja Derma Raja diketuai oleh paduka adindanya yang bernama Maharaja Putera.

Berita peperangan itu telah sampai ke pengetahuan Raja Ligor. Raja Ligor telah mengarahkan bala tenteranya membantu Kedah. Dan dengan bantuan itu menyebabkan raja dan angkatan Teneserim terpaksa berundur.

Untuk membalas budi Raja Ligor, Maharaja Derma Raja telah menghantar Bunga Emas dan Bunga Perak yang tiap-tiap sepohonnya mengandungi empat cabang ke Ligor. Barang-barang lain termasuklah dua kayu kain khas berkepala benang emas, dua belas buah perisai, dua belas buah utar-utar (perisai kecil berbentuk bundar daripada tembaga atau besi) dan dua belas kayu kain putih.

Apabila menerima balasan surat, Raja Ligor telah menggesa raja Kedah supaya berbuat demikian tiap-tiap tiga tahun sekali. Tidaklah diketahui pula sama ada ini sebagai ufti tanda tunduk ke Ligor, tetapi di dalam buku itu dinyatakan perkara menghantar bunga emas dan perak tiap-tiap tiga tahun sekali itu telah menjadi adat.

Pada masa Maharaja Maha Dewa memerintah, selain dari orang-orang besar empat, lapan dan enam belas, baginda juga telah melantik beberapa orang ketua bagi membantu baginda memerintah di daerah Pulau Langkawi, Tanjung Dawai dan Kuala Bara. Baginda tetap bersemayam di Bukit Meriam.

Putera baginda yang bernama Seri Paduka Maharaja Derbar Raja pula ialah raja Kedah yang pertama menerima agama Islam dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah. Dan nama ngeri dari Qalha dan lain-lain nama itu bagi negeri Kedah diubah kepada nama Negeri Kedah Darul Aman. Baginda telah diislamkan oleh Syeikh Jaafar Aumiri yang berasal dari Yamen kira-kira dalam tahun 531H dan bersamaan tahun Masihi (lebih kurang) 1360M.

Pada tahun hijrah 575 (1406M), Sultan Muzaffar Syah pun mangkat dan dimakamkan di Langgar, Bujang, Kedah.

Puteranya yang bernama Tunku Muazzam Syah dilantik pula menjadi sultan. Baginda tetap bersemayam di Bukit Meriam.

Oleh : Abdul Ghani Az

Cerita Dongeng Kedah Tua


Pa' bin Pong menceritakan kepada saya masa kami berdua sedang belayar masuk ke Pelabuhan Kuah (Pelabuhan Bass) pada satu petang beberapa tahun yang lepas.

Katanya "beberapa kurun yang lalu, orang-orang Kedah serupalah dengan orang-orang Negeri Troy. Orang-orang Troy mengorbankan gadis dari masa ke semasa kepada raksasa laut dengan perintah Poseidon untuk membela Laemedon, Raja Negeri Troy, kerana ia enggan membina kota sekeliling bandar negeri itu sebagai hadiah kepadanya. Raja-raja Negeri Kedah pula terpaksa mengorbankan seorang puteri Kerabat Di Raja kepada seekor saktimuna laut (sejenis ular besar) di Langkawi apabila seorang Raja baru naik takhta kerajaan atau berbangkit satu peperangan dengan sebuah negeri yang lain".

Sebagai balasan pengorbanan ini, saktimuna itu hanya memakan orang-orang Siam dan orang-orang Mergui. Bukan sahaja ia tidak memakan orang-orang Kedah tetapi juga menjaga rumah tangga mereka; ada kalanya ia merentang diri di pintu pelabuhan (kira-kira dua batu luas) supaya mempertahankan angkatan laut musuh masuk menyerang.

Selepas beberapa tahun orang-orang Negeri Kedah berhenti membuat pengorbanan itu. Saktimuna itu pun jatuh marah lalu mulai memusnahkan negeri dengan memakan rakyat-rakyat dan kerbau lembu. Tidak ada siapa pun dalam negeri yang boleh memujuk dan menahan perbuatannya.

Maka dalam keadaan yang begitu dahsyat, tak keruan, senyap sunyi dan bercampur duka datanglah seorang tua dan alim memberi tahu isi negeri ia boleh menyelamatkan mereka dari haruan saktimuna itu. Ia pun tidak berlengah lagi menghamparkan tikar sembahyang terus sembahyang dan membaca doa. Selesai sahaja ia memberi salam, datanglah saktimuna itu turun dari gunung-ganang lalu membelit dan terus menelan orang tua itu dengan satu telanan; lepas itu ia pun naik seolah-olah marah yang amat sangat. Seluruh batang tubuhnya kering-keriut dan memanggungkan kepalanya tinggi daripada pokok yang sehabis tinggi yang ada di situ; ekornya membedal dengan sekuat-kuat bedalan dan matanya berbinar seumpama api. Kemudian dengan menyemburkan darah dari mulutnya, ia pun menjalar dengan pantasnya ke arah gunung-ganang Pulau ini.

Semenjak dari itu tidak pernah kelihatan saktimuna ini; ada orang yang biasa naik ke daerah gunung-ganang ini untuk mencari bijih timah ada berjumpa tulang ular yang sangat besar di antara lurah-lurah gunung yang dalam.

Oleh : James F. Augustin

Padang Tok Sheikh, Gunung Jerai



Sultan Negeri Kedah yang pertama memeluk agama Islam ialah Sultan Muzaffar Shah kira-kira dalam tahun Masihi 1136 (531 Hijrah). Sultan Muzaffar Shah asalnya berketurunan Hindu jati yang menaiki takhta Kerajaan bagi menggantikan paduka ayahandanya Sri Paduka Maharaja Mahajiwa. Sri Paduka Sultan Muzaffar Shah ialah raja ke-sembilan Negeri Kedah pada zaman itu yang dikenali sebagai 'Kalaha' atau 'Kataha'. Sebelum baginda memeluk agama Islam, nama baginda ialah Maharaja Derbar Raja.

Orang yang berusaha mengislamkan baginda ialah seorang pendeta Arab bernama Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad bin Sheikh Jaafar Kumiri daripada negeri Shahir, di bawah naungan pemerintah Yaman, Tanah Arab. Sheikh ini bersama dengan beberapa orang sahabatnya sampai ke Negeri Kedah kira-kira dalam tahun 1135M atau 1136M mengikut laluan laut dan berlabuh di Kuala Sungai Baboor (Kuala Sungai Merbok sekarang).


Beliau telah masuk menghadap Sri Paduka Baginda dan menzahirkan kepada baginda tentang kesempurnaan agama Islam serta memberi nasihat di atas jalan agama ini kepada baginda dan menteri-menterinya. Maka dikurniakan Allah s.w.t., berimanlah Sri Paduka Baginda dengan segala menterinya dan baginda menukar namanya kepada Sultan Muzaffar Shah dan negeri kepada Kedah Darul Aman.

Sri Paduka Baginda sangat menyanjung tinggi Sheikh Abdullah kerana keikhlasan beliau terhadap baginda, kebijaksanaan dan kesopanannya. Baginda kemudiannya telah melantik Sheikh Abdullah sebagai penasihat peribadinya.

Pada suatu hari, Sri Paduka Baginda bertanya kepada Sheikh Abdullah apakah yang lebih mulia dalam Tanah Arab? Jawab Sheikh Abdullah, selain daripada masjid, benda yang paling mulia ialah menara, iaitu tempat untuk melaksanakan azan dan memuji nama Allah dan Rasul.


Maka, baginda pun bertitah agar dibina sebuah menara di satu tempat yang tinggi dan berdekatan. Cadangan Sheikh Abdullah agar tapak menara itu dibina di kemuncak Gunung Jerai telah diperkenankan oleh baginda Sultan. Katanya, menara yang hendak dibina itu bukan sahaja untuk dijadikan tempat azan tetapi sebagai satu tempat bagi memperingati pertukaran nama baginda daripada Maharaja Derbar Raja kepada nama Islam baginda; Sultan Muzaffar Shah serta nama negeri daripada 'Kalaha' atau 'Kataha' kepada negeri Kedah Darul Aman.


Pekerja-pekerja yang ditugaskan membina menara tersebut berkumpul di kemuncak Gunung Jerai dan mula mendirikan menara itu di bawah penyeliaan Sheikh Abdullah. Ketika menara itu hampir siap, dengan takdir Allah s.w.t., Sheikh Abdullah jatuh sakit dan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Sheikh Abdullah telah mewasiatkan agar mayat beliau dikebumikan di tanah rata berhampiran berdekatan dengan menara yang hampir siap itu. Wasiat beliau telah diperkenankan oleh baginda Sultan dan disempurnakan oleh para menteri.

Dengan itu, tanah rata di kemuncak Gunung Jerai sehingga kini dipanggil 'Padang Tok Sheikh' sempena mengambil nama Sheikh Abdullah.

Padang Tok Sheikh, Gunung Jerai Oleh : Wan Lokman bin Dato Wan Ibrahim

Sejarah "Kedah Darul Aman"Dan Cerita Siputeh



Pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman I ibni Almarhum Sultan Ibrahim yang memerintah negeri Kedah selama 49 tahun di antara tahun Masihi 1374-1423 (775 - 826H), baginda bersemayam di Siputeh. Baginda adalah seorang Sultan yang suka kepada kedamaian dan rakyat negeri sangatlah taat dan kasih kepada baginda.

Baginda sangat menggalakkan rakyatnya bercucuk-tanam dan berternak. Selain daripada itu, baginda suka melihat orang-orang bersilat dan baginda sendiri seorang yang handal dalam ilmu bersilat.

Baginda berkahwin dengan seorang raja bernama Puteri Siputeh. Dengan usaha dan bijaksana Puteri Siputeh, negeri Kedah menjadi mewah dan makmur.

Baginda Sultan berputerikan dua orang puteri dengan Puteri Siputeh dan seorang daripadanya konon berdarah putih. Baginda sangatlah kasih kepada puteri yang berdarah putih itu lebih-lebih lagi rupa parasnya tiada tolok bandingnya pada masa itu.

Pada zaman itu, negeri Acheh negeri yang terletak di utara Pulau Percha (Sumatera) sangatlah besar kuasa dan pengaruhnya dan Raja dan segala menteri hulubalangnya sangat gagah perkasa. Bukan sahaja rakyat Acheh gagah dan berani bahkan dari segi perniagaan pun mereka pandai dan cekap serta sangat rajin bercucuk tanam dan berternak.

Apabila kedengaran kepada Raja Acheh betapa makmur dan amannya negeri Kedah yang diperintah oleh Sultan Sulaiman di Siputeh dan sambil itu kedengaran pula baginda mempunyai seorang puteri yang sangat cantik rupawan dan berdarah putih, datanglah cemburu di hatinya.

Berbalik kepada kisah dua orang puteri baginda Sultan yang tersebut di atas, Raja Acheh pula mempunyai seorang putera yang sangat muda remaja dan telah cukup umur. Dengan kerana Raja Acheh tidak berjaya menakluki negeri Kedah dengan kekerasan, ia pun menghantar seorang menterinya dan beberapa orang besar datang ke Siputeh dengan tujuan hendak meminang puteri Sultan yang berdarah putih itu. Angkatan menteri Acheh itu terdiri daripada tujuh puluh buah perahu penuh sesak dengan barang-barang hadiah daripada Raja Acheh kepada baginda Sultan Kedah dan untuk puteri yang hendak dipinang itu.

Angkatan menteri Acheh itu disambut oleh baginda Sultan dengan beberapa kemuliaan dan secara besar-besaran dan pinangan ke atas anaknya diterima dengan sukacitanya.

Baginda Sultan Sulaiman dengan kerana kasih kepada anaknya yang berdarah putih itu diberikannya anak yang seorang lagi itu berkahwin dengan anak Raja Acheh. Perbuatan ini menyebabkan kejatuhan Sultan Sulaiman.

Istiadat perkahwinan itu telah disempurnakan di negeri Acheh secara besar-besaran mengikut keadaan zaman itu dan ramai raja negeri yang berjiran telah dijemput untuk hadir bersama. Setelah selesai upacara perkahwinan itu dilaksanakan, putera dan puteri hidup bersama dalam keadaan rukun dan damai.



Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari, sewaktu puteri yang baru berkahwin itu mengacip pinang, secara tidak sengaja telah terkacip jarinya dan berdarah. Darah yang keluar itu berwarna merah dan bukannya putih seperti yang dimegah-megahkan. Perkhabaran itu kedengaranlah kepada Raja Acheh. Baginda sangatlah murka kerana katanya ia telah diperdayakan oleh Sultan Sulaiman; diberikan anak yang berdarah merah berkahwin dengan puteranya dan bukan yang berdarah putih seperti yang di janji dan dipinangkan.

Baginda bertitah kepada menteri dan hulubalang agar bersiap dan melengkapkan perahu-perahu dengan alatan perang kerana ia hendak melanggar negeri Kedah dan mengambil puteri yang berdarah putih itu dan membela keaibannya.

Kelengkapan yang besar itu mengambil masa selama enam bulan dan pada ketika yang agak baik, angkatan perang Raja Acheh pun belayar menuju ke Siputeh.

Hal kemaraan Raja Acheh itu telah diketahui oleh Sultan Sulaiman dan ia pun memerintahkan menteri dan hulubalangnya bersiap sedia menahan serangan Raja Acheh.

Apabila sampai angkatan Raja Acheh di Pering; suatu tempat berdekatan dengan Siputeh, mereka pun mengepung kota pertahanan yang terletak di atas satu pulau kecil. Serangan itu dipertahankan oleh baginda Sultan dengan sekuat-kuatnya. Akhirnya, angkatan Raja Acheh terpaksa berundur semula ke Pering. Peperangan itu dalam keadaan bertahan sahaja kerana belum ada pihak yang menang atau kalah.

Tetapi dalam masa beberapa bulan sahaja, kota Siputeh tidak boleh bertahan lagi kerana makanan pun hampir habis dan orang-orang di dalam kota pun ramai yang telah mati dilanda penyakit dan kelaparan. Walau bagaimanapun, tiada sesiapa dibenarkan keluar daripada kota. Entah bagaimana, seorang perempuan terlepas keluar kerana hendak mencari makanan. Dalam perjalanannya, ia telah berjumpa dengan seorang hulubalang Acheh yang menyamar diri sebagai orang tua penangkap ikan. Ia pun menegur perempuan tersebut dan sewaktu berbual-bual, perempuan itu telah terkeluar rahsia keadaan sebenar di dalam kota. Mendengar berita tersebut, hulubalang Acheh itu merasa sangat gembira.

Pada waktu subuh selepas peristiwa tersebut, orang-orang Acheh membuat satu serangan yang mengejutkan ke atas kota Siputeh. Orang-orang di dalam kota mempertahankan serangan itu berhabis-habisan tetapi akhirnya terpaksa mengaku kalah dengan kerana kebanyakan panglima yang handal telah terkorban dan luka parah.

Apabila pecah sahaja pintu kota, panglima perang Acheh terus menuju ke Istana Raja kerana hendak mengambil puteri yang berdarah putih tersebut.

Tetapi malangnya telah terlewat kerana puteri itu telah ditanam hidup-hidup dengan perintah ayahandanya Sultan Sulaiman dan telah mangkat.

Maka, dengan kerana marahnya panglima Acheh di atas perbuatan itu, ia telah memerintahkan sekalian perempuan dan kanak-kanak yang ada di dalam kota itu dibunuh tetapi baginda Sultan Sulaiman dan permaisurinya ditangkap dan dibawa pulang ke Acheh.

Di sana, baginda Sultan dan permaisurinya telah dibicarakan dan didapati bersalah lalu dijatuhkan hukuman bunuh.

Siputeh diperintah oleh kerajaan Acheh selama beberapa tahun tetapi akhirnya, mereka telah dikalahkan dan diusir keluar.

Setelah beberapa ratus tahun kemudian, penduduk Siputeh telah menemui dua buah kubur yang terletak di atas tanah tinggi cukup dengan batu nisan di Kampung Siputeh. Satu daripada batu nisan itu tertulis "Sultan Sulaiman" dan satu lagi "Siputeh".

Bagi mengingati Puteri Siputeh yang bijaksana dan yang telah menjadikan tempat ini masyhur dan makmur, para penduduk telah memberi nama mukim ini "Siputeh" dan ditambah perkataan "Puteri Lindungan Bulan" selepas nama tersebut.

Negeri Kedah pada zaman dahulu disebut sebagai "Kedah Lindungan Bulan" kemudian diubah kepada "Kedah Darul Aman".

Oleh : Dato Wan Ibrahim bin Wan Soloh

Raja Bersiong Oleh : Atan S. B.


Pada zaman dahulu, Negeri Kedah berada di bawah pemerintahan Raja Siam. Kebanyakan Raja Kedah menggunakan nama dalam bahasa Siam. Malahan terdapat juga yang berketurunan Siam. Raja Ong Maha Perita Daria adalah salah seorang daripada mereka, tetapi baginda lebih dikenali sebagai Raja Bersiong.


Pada masa pemerintahannya, Raja Bersiong sangat zalim. Rakyat Kedah sentiasa dalam ketakutan. Tiada siapa berani membuat kekacauan, kerana apabila ditangkap mereka akan diseksa atau terus dibunuh oleh para pengawal atau panglima Raja Bersiong.


Kuasa jajahan Raja Bersiong bertambah daripada masa ke semasa. Sebahagian besar Lembah Bujang yang terletak di tengah negeri Kedah berada di bawah pemerintahan baginda, tetapi baginda tidak berasa puas hati. Baginda mahu meluaskan lagi taklukannya. Ini telah dihalang oleh panglima-panglima yang gagah berani. Raja Bersiong yang semakin tua itu sudah tidak berdaya untuk melawan panglima-panglima tersebut. Baginda kembali dan berehat di istana.


Baginda sangat suka makan masakan kari. Paling digemari apabila kari itu pedas dan dibubuh banyak rempah. Masakan kari yang menjadi kegemaran baginda ialah masakan kari sayur bayam.

Setiap kali baginda santap, dua orang panglima berkawal di belakang baginda, kerana Raja Bersiong sangat takut kalau ada orang yang mahu membunuh baginda.

Sepatutnya baginda tidak harus berasa apa-apa kerana istana baginda dikawal oleh pengawal-pengawal yang sangat setia kepada baginda.


Raja juga selalu bimbang sekiranya ada orang mahu meracuni baginda. Sesungguhnya ini amat mustahil kerana baginda mempunyai dua orang tukang masak yang sangat jujur. Seorang ditugaskan untuk membasuh sayur-sayur bayam sementara seorang lagi yang sangat pandai memasak kari disuruh memasak kari bayam ini untuk santapannya. Kedua-dua tukang masak ini bersahabat baik.


Setiap pagi semasa raja masih tidur, kedua-dua orang tukang masak itu mesti menyiapkan masakan kari bayam. Sekiranya masakan tersebut belum tersedia sewaktu raja bangun daripada peraduannya, baginda akan memarahi dan menghukum kedua-dua orang tukang masak itu.


Baginda sangat suka berburu, terutama memburu rusa. Dalam kawasan Lembah Bujang, terdapat bermacam-macam jenis kancil dan rusa liar. Binatang-binatang itu sangat pantas berlari, kerana itu Raja Bersiong mempunyai dua ekor anjing yang terlatih untuk membantu baginda dalam pemburuan. Oleh itu, setiap kali berburu, baginda akan berjaya membunuh beberapa ekor rusa yang besar. Apabila kembali ke istana, baginda akan memerintahkan tukang masak mencampurkan daging rusa tersebut ke dalam masakan kari kegemaran baginda untuk menambahkan lagi



Waktu ini kumpulan baginda berada di tengah hutan. Kerana bimbangkan keselamatan raja, para pengawal menyuruh baginda berteduh di dalam sebuah gua yang berhampiran. Pada mulanya baginda menolak, dan baginda mahu meneruskan pemburuan. Tetapi setelah dilihat hari semakin gelap dan hujan semakin lebat, baginda pun bersetuju dengan cadangan tersebut.

Hujan yang lebat itu berlarutan selama empat jam. Baginda sangat marah dan mula terasa lapar. Tetapi apabila teringatkan tangkapan yang telah dibuat, baginda berasa gembira kerana telah berjaya menangkap enam ekor rusa yang besar-besar.


Setelah hujan berhenti, Raja Bersiong memerintahkan orang-orangnya supaya bersiap untuk pulang. Tidak ada gunanya meneruskan pemburuan kerana semua binatang telah lari jauh ke tengah hutan.

Atas perintah raja, semua hasil buruan dimuatkan ke atas dua buah kereta tolak. Setelah siap, mereka pun berangkat menuju ke istana.


Sementara itu di istana, kedua-dua orang tukang masak raja berasa bimbang kerana raja mereka belum pulang. Mereka sedang sibuk menyiapkan masakan kari untuk raja dan pengawal yang turut serta berburu.


Tukang masak yang bertugas memasak kari raja adalah seorang yang suka berkhayal. Sewaktu memasak kari raja, beliau memikirkan keselamatan baginda. Tiba-tiba pisau yang digunakan terhiris jarinya sendiri. Masa itu juga darah keluar dan beberapa titik darah telah termasuk ke dalam periuk yang berisi kari raja.

"Apa mesti aku buat?" ia berkata sendirian. "Sekiranya baginda tahu tentang perkara ini, tentu aku akan dihukum nanti. Aku mesti sediakan masakan yang lain sebelum baginda sampai".

Untuk memasak kari yang istimewa itu memakan masa sekurang-kurangnya satu jam. Dalam keadaan kelam-kabut itu, tukang masak terdengar bunyi trumpet, menandakan raja dan rombongannya telah sampai. Tentunya tukang masak tidak sempat menyediakan kari yang lain. Beliau berharap semoga raja tidak akan merasakan sebarang perbedaan dalam masakannya kali ini.


Raja Bersiong yang sedang kelaparan itu memandang kepada masakan kegemarannya. Baunya yang wangi makin menambahkan lagi selera baginda. Tanpa membuang masa, baginda mengambil sepinggan nasi dan terus memakannya dengan masakan kari yang terhidang.

Setelah hampir separuh kari tersebut dimakannya, baru baginda menyedari akan perubahan rasanya. Baginda tidak pernah merasakan kari yang seperti ini sebelumnya. Segera baginda perintahkan pengawal memanggil tukang masaknya untuk mengetahui apakah yang telah dimasukkan ke dalam kari baginda kali ini.


"Apakah yang telah kamu masukkan ke dalam kari beta hari ini?" soal raja kepada tukang masak.

Tukang masak yang menyediakan masakan itu terus sahaja mengaku kesalahannya. Ia tahu tidak ada gunanya ia berbohong kepada raja. Sebaliknya dengan berterus-terang ia berharap raja dapat memaafkan kesalahannya.

"Ampun tuanku, semasa patik menyediakan kari tuanku, dengan tidak sengaja jari patik telah terluka dan beberapa titik darah telah termasuk ke dalam kari tuanku. Ampunkan patik tuanku, patik tidak sempat menyediakan masakan kari yang lain. Tolong ampunkan patik tuanku".

"Oh begitu," sahut raja. "Jadi campuran darahlah yang menyebabkan kari beta terasa berlainan daripada biasa. Kari ini sungguh sedap. Beta mahu kamu campurkan lebih banyak darah di setiap masakan beta pada masa akan datang".


Mendengar arahan tersebut, tukang masak menjadi takut. Beliau tahu apakah yang dimaksudkan oleh raja itu. Raja Bersiong adalah seorang raja yang zalim. Baginda menyimpan banyak musuh di dalam penjara. Setengah-setengah daripada mereka sedang menanti masa untuk dihukum bunuh. Raja berpaling kepada pengawal dan bersuara dengan kuat.

"Pergi ke penjara dan lihat siapa akan dibunuh hari ini. Bawa sebuah bekas bersama kamu. Setelah memenggal lehernya, kamu masukkan semua darahnya ke dalam bekas dan bawa kepada beta".




Pengawal itu pun segera pergi ke penjara. Pada masa itu terdapat seorang musuh raja yang telah tua. Ia sepatutnya menjalani hukuman bunuh hari itu. Ia dibunuh di situ juga oleh pengawal yang menjalankan perintah Raja Bersiong itu. Darahnya dimasukkan ke dalam bekas dan dibawa kepada raja.


Raja Bersiong tersenyum melihat bekas yang berisi darah itu. Orang ramai yang berada dalam istana berasa takut, tetapi mereka tidak berani berkata apa-apa. Mereka tahu raja yang laparkan darah manusia itu akan membunuh sesiapa sahaja untuk mendapatkan darah.


Bermula dari hari itu, Raja Bersiong tidak dapat hidup tanpa merasa darah manusia. Orang-orang tahanan semakin banyak yang dibunuh, walaupun mereka tidak bersalah. Kerana ini, baginda sangat dibenci oleh orang-orang dalam istana.


Setelah didapati orang tahanan dalam penjara tinggal beberapa orang sahaja lagi, Raja Bersiong tahu ia mesti mencari jalan untuk mendapatkan bekalan darah yang berterusan. Baginda segera perintahkan pengawal-pengawal supaya menculik budak-budak yang tidak bersalah. Walaupun penculikan itu dilakukan oleh pengawal-pengawal raja, tetapi orang ramai menyedari siapakah yang bertanggungjawab atas semua kejadian itu. Budak-budak yang tidak bernasib baik terus dibunuh dan darah mereka diberikan kepada tukang masak untuk dicampurkan ke dalam kari raja.

Penduduk kampung tersangat marah akan Raja Bersiong. Perbuatan baginda membunuh orang-orang yang tidak bersalah hanya untuk mendapatkan darah mereka dianggap sungguh zalim.


Perbuatan Raja Bersiong memakan darah manusia ini menyebabkan dua batang taring atau siong tertumbuh di sebelah mulutnya. Perkara ini tidak disedarinya sehingga pada satu pagi, setelah sedar daripada peraduannya, baginda terasa sakit di mulut. Baginda meminta seorang menteri yang telah tua supaya melihat apakah punca kesakitan itu.


Setelah memerhatikan dengan teliti, menteri itu sungguh terperanjat dengan apa yang dilihatnya. Ia segera memberitahu raja. "Ampun tuanku, kesakitan yang tuanku alami itu bukanlah berpunca daripada gigi. Tetapi terdapat dua batang siong telah tumbuh di sebelah mulut tuanku, dan siong inilah yang menyebabkan tuanku berasa sakit".


Apabila mendengar perkara tersebut, Raja Bersiong pun ketawa dengan kuatnya. Suara baginda itu telah menakutkan orang-orang dalam istana. Mereka tahu tentu ada sesuatu perkara yang berlaku.

Berita raja mempunyai siong itu tersebar di seluruh negeri. Baginda sungguh bangga dengan siong-siong tersebut. Baginda mahu seluruh rakyat tahu bahawa siong baginda bertambah panjang apabila baginda memakan darah manusia. Perkara ini sangat menakutkan rakyat Kedah.

Raja Bersiong berharap dengan adanya siong itu, rakyat bertambah hormat dan musuh akan takut kepada baginda. Pembunuhan ke atas budak-budak dan rakyat yang tidak bersalah terus dilakukan. Baginda mahukan darah untuk memuaskan seleranya yang semakin bertambah.


Tukang masak baginda berasa sungguh sedih di atas kekejaman yang dilakukan oleh pengawal-pengawal raja. Ia mesti melakukan sesuatu untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan. Ia bercadang untuk membunuh Raja Bersiong dan menamatkan kekejaman baginda. Setelah merancang beberapa hari, akhirnya pada suatu hari semasa raja keluar berburu, tukang masak mengambil peluang ini untuk meracuni raja.

Rancangan ini tidak diberitahu kepada sesiapa kerana takut rahsia ini akan diketahui raja. Tukang masak mengambil masa lebih daripada satu jam untuk memasak kari raja pada hari itu. Semasa tidak ada orang yang melihat, dia pun mengeluarkan satu benda yang berbentuk seperti tanduk yang mengandungi racun di dalamnya. Ia segera menaburkan racun tersebut ke dalam kari raja.


Hari ini Raja Bersiong berasa sedih kerana kumpulannya tidak dapat membunuh banyak rusa. Baginda segera perintahkan supaya pulang ke istana. Dalam perjalanan, tidak ada siapa berani bersuara. Suara nyanyian dan pukulan gendang juga tidak kedengaran.



Setelah sampai di istana, Raja Bersiong segera perintahkan supaya disediakan makan malamnya. Tetapi kali ini dua ekor anjing buruan baginda turut bersama semasa baginda berada di meja makan. Baginda perlukan teman setelah gagal dalam pemburuan.

Tukang masak pun membawa kari kegemaran baginda ke meja. Ia terlalu takut sehingga tangannya menggigil, tetapi mujurlah raja tidak melihat.


Sebelum sempat Raja Bersiong memakan kari yang beracun itu, seekor daripada anjingnya yang kelaparan telah melompat ke atas meja makan dan terlanggar mangkuk yang berisi kari itu. Kari itu pun tumpah ke lantai.


Raja yang sedang lapar, terkejut dengan peristiwa itu. Dengan marah baginda perintahkan pengawal supaya menghalau anjing-anjing itu keluar. Tetapi belum sempat pengawal menghalaunya, anjing-anjing itu telah memakan kari yang tumpah di lantai.

Dalam beberapa saat sahaja racun yang berbisa itu meresap masuk ke dalam badan anjing-anjing itu. Kedua-duanya menggelepar kesakitan. Setelah memeriksa kedua-dua ekor anjing itu, pengawal pun memberitahu raja bahawa anjing tersebut telah mati. Nyatalah kepada baginda bahawa kari itu mengandungi racun. Baginda berasa lega kerana anjing-anjing itu telah menyelamatkan nyawa baginda.


Maka tahulah raja bahawa tukang masaknya mencuba meracuni baginda. Kerana ialah sahaja yang memasak dan menyediakan kari baginda selama ini. Segera diperintahkan supaya kedua-dua tukang masak ditangkap dan disiksa.

Setelah puas mendapat seksaan, maka tukang masak yang bertanggungjawab memasukkan racun ke dalam kari raja pun mengaku kesalahannya. Ia tidak sanggup melihat kawannya yang tidak bersalah disiksa juga. Raja amat murka dengan pengakuan tersebut. Baginda segera memerintahkan supaya dipenggal leher tukang masak itu. Perintah tersebut segera dijalankan. Baginda kemudian mengarahkan tukang masak yang seorang lagi supaya mengambil alih tugas tukang masak yang telah dibunuh itu.


Dari hari itu, raja mempunyai seorang tukang masak sahaja. Baginda memerintahkan dua orang pengawal menjaga setiap gerak-geri tukang masak tersebut untuk memastikan ia tidak akan melakukan sesuatu yang boleh membahayakan raja. Tentunya pengawasan ini tidak perlu, kerana tukang masak itu terlalu takut, dan ia tidak akan mencuba sesuatu yang boleh membahayakan nyawanya sendiri.


Raja Bersiong tetap dengan kekejamannya. Beberapa orang nelayan yang berani, berpakat untuk menamatkan perbuatan itu. Salah seorang daripada mereka memberitahu kawan-kawannya bahawa masa untuk mereka memberontak telah tiba. Walaupun tidak mempunyai senjata yang lengkap tetapi mereka berazam untuk menamatkan pemerintahan Raja Bersiong yang zalim itu.


Tetapi malangnya, rancangan kaum nelayan itu telah diketahui oleh Raja Bersiong. Baginda mendapat berita tersebut daripada salah seorang nelayan yang telah belot terhadap kawan-kawannya. Raja Bersiong segera memerintahkan askar-askar simpanannya yang bersenjatakan senapang supaya bersembunyi di dalam hutan berhampiran dengan istana.


Apabila askar-askar melihat kumpulan nelayan sedang mara menuju ke istana, mereka segera menyerang dan menembak beberapa orang daripada mereka. Kaum nelayan yang terkejut dengan serangan itu terus melarikan diri.


Kaum nelayan menuju ke kampung mereka untuk menyelamatkan diri dengan harapan askar-askar Raja Bersiong tidak akan mengejar mereka. Tetapi sesampai sahaja mereka di kampung, dilihat banyak askar yang lengkap bersenjata menanti. Ini kerana nelayan yang belot tadi telah memberitahu Raja Bersiong tentang tempat kediaman nelayan-nelayan tersebut.


Salah seorang daripada nelayan yang dilantik menjadi ketua dalam kumpulan nelayan itu telah menyeru kawan-kawannya supaya melawan askar-askar tersebut sehingga ke akhir hayat mereka. Tidak ada gunanya mereka menyerah kerana mereka akan dibunuh juga.

Maka berlakulah peperangan. Askar-askar Raja Bersiong telah berjaya membunuh semua nelayan yang memberontak itu. Tetapi kematian mereka bukan kerana menyerah tetapi kerana melawan.


Semasa peristiwa ini berlaku, salah seorang daripada menteri Raja Bersiong tidak ada dalam negeri. Setelah beliau kembali ke Kedah, keluarganya telah menceritakan apa yang telah berlaku dan tentang kematian adiknya yang termasuk dalam kumpulan nelayan itu.

Setelah mendengar berita itu, menteri berasa marah dan sedih. Selama ini, beliau amat patuh kepada raja, dan kini adiknya sendiri telah dibunuh. Beliau adalah seorang yang cintakan keamanan dan tidak sanggup melihat kekejaman yang berterusan berlaku ke atas rakyat Kedah. Beliau berfikir sudah tibalah masanya untuk menamatkan kezaliman Raja Bersiong itu. Beliau mesti mengambil sesuatu tindakan.


Menteri tersebut adalah seorang yang terkenal di kalangan orang-orang istana. Beliau tidak mahu menimbulkan sebarang kekacauan dalam istana. Beliau menantikan hari apabila raja keluar berburu dengan pengawal-pengawal baginda. Tidak beberapa lama kemudian keluarlah raja berburu ke dalam hutan. Masa inilah yang dinantikan oleh menteri itu. Beliau segera melancarkan pemberontakan. Beliau berjaya mendapat sokongan daripada menteri-menteri dan askar-askar Raja Bersiong.

Beliau segera menyusun satu angkatan yang besar mengandungi beribu-ribu orang askar. Mereka berbaris menuju ke tempat Raja Bersiong sedang berburu.


Raja sungguh terkejut melihat askar-askar yang begitu banyak menuju ke arah baginda. Tahulah baginda bahawa menteri dan askar-askarnya telah belot. Baginda segera perintahkan pengawal-pengawal yang berjumlah seratus orang bersama baginda itu supaya melawan angkatan menteri itu. Tetapi tidak seorang pengawal pun yang menurut perintah baginda, malahan kesemuanya telah masuk ke dalam kumpulan menteri tadi. Tinggallah baginda seorang diri.

Raja Bersiong mula berasa takut. Baginda terus melarikan diri ke dalam hutan yang tebal itu. Menteri memberitahu orang-orangnya supaya jangan menangkap Raja Bersiong. Beliau tahu, raja Bersiong tidak akan berani lagi keluar daripada hutan itu.

Tahulah angkatan menteri itu bahawa mereka sekarang telah selamat daripada kekejaman Raja Bersiong. Semua rakyat Kedah sungguh gembira dengan kejayaan menteri dan askar-askarnya.

Beberapa tahun kemudian mangkatlah Raja Bersiong di dalam hutan yang tebal itu kerana terlalu tua.


Di bawah pemerintahan menteri yang adil itu, kawasan Lembah Bujang menjadi maju dan aman selalu. Rakyat tidak lagi berasa takut. Raja Bersiong yang zalim tidak mengganggu mereka lagi.

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez